Dua beranak selamat, pokok tumbang hempap kereta
Dua beranak selamat, pokok tumbang hempap kereta

SHAH ALAM: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandu bersama anak lelakinya dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Paip, Kampung Budiman, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata dalam kejadian itu, kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mengalami kecederaan ringan manakala ibunya yang berusia 37 tahun tidak cedera.
Katanya, terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.43 malam dan susulan berkenaan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas ke lokasi.
“Komander operasi melaporkan terdapat pokok tumbangdan menghempap sebuah kereta Perodua Myvi yang sedang bergerak.
“Terdapat dua mangsa iaitu ibu dan anak yang mana kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan ringan di kepala dan dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
“Kerja-kerja pemotongan dan pengalihan dahan kayu selesai dilakukan oleh anggota bomba di lokasi,” katanya.
Terdahulu, JBPM Selangor memaklumkan berlaku beberapa kejadian pokok tumbang berikutan angin kuat melanda kawasan antaranya di Meru, Klang dan Bestari Jaya.
Dua beranak selamat, pokok tumbang hempap kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
You must be logged in to post a comment.