Operasi roboh jeti haram di Sungai Golok: Fasa pertama tumpu struktur dibina atas tanah kerajaan
Operasi roboh jeti haram di Sungai Golok: Fasa pertama tumpu struktur dibina atas tanah kerajaan

KOTA BHARU: Operasi merobohkan 212 jeti haram di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand akan dilaksanakan secara berfasa, dengan fokus awal kepada struktur itu yang dibina di atas tanah kerajaan.
Untuk operasi fasa kedua, beliau berkata pemilik tanah akan diarahkan supaya merobohkan sendiri struktur jeti haram berkenaan.
“Jika pemilik tanah gagal mematuhi arahan, pihak majlis perbandaran tempatan akan mengambil alih untuk melaksanakan perobohan itu,” katanya.
Sejumlah 212 pangkalan haram dikenal pasti di sepanjang Sungai Golok di empat jajahan iaitu di Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli akan dirobohkan dalam masa terdekat selepas semua notis diberikan kepada pemilik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memberi notis kepada pemilik jeti haram di sepanjang Sungai Golok bermula dari Pengkalan Kubor hingga Rantau Panjang sebelum semua pangkalan haram dirobohkan segera.
Langkah itu sebahagian usaha membanteras aktiviti penyeludupan rentas sempadan yang sekian lama menjadi masalah di negeri ini akibat kewujudan jeti haram di sepanjang sempadan.
Sementara itu, Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata kebanyakan jeti yang bakal diroboh digunakan untuk aktiviti rentas sempadan termasuk penyeludupan manusia dan barangan.
“Semua jeti dikenal pasti ini bukan sahaja digunakan penduduk tempatan untuk menyeberang masuk ke Thailand, tetapi juga membawa masuk barangan dari Thailand serta menghantar barangan Malaysia ke negara jiran itu,” katanya.
Beliau berkata, tarikh perobohan belum dimuktamadkan kerana perbincangan dengan pihak berkuasa negeri masih dijalankan.
Operasi roboh jeti haram di Sungai Golok: Fasa pertama tumpu struktur dibina atas tanah kerajaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.