Penumpang cemas ‘flap’ sayap pesawat patah
Penumpang cemas ‘flap’ sayap pesawat patah

WASHINGTON – Lebih 60 penumpang berhadapan situasi cemas apabila sebahagian sayap pesawat Boeing 737 dinaiki mereka patah sebelum ia mendarat di Texas, Amerika Syarikat, Selasa lalu, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Ketika kejadian, penerbangan Delta Air Lines 1893 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Austin Bergstrom apabila sebilangan penumpang menyedari bahagian sayap pesawat itu terkulai.
Rakaman video mengejutkan yang dirakam seorang penumpang menunjukkan flap sayap tergantung dari badan pesawat yang ketika itu berada pada ketinggian beribu-ribu meter.
Seorang penumpang, Shanila Arif memberitahu CNN: “Kami sangkakan ia hanya pergolakan udara yang teruk. Pesawat bergoncang. Wanita di hadapan kami membuka penutup tingkap dan memberitahu bahawa sayap rosak. Saya membuka tingkap dan terus berasa takut.”
Syarikat penerbangan Delta kemudian memohon maaf dan berkata, ia memastikan pesawat yang membawa 62 penumpang dan enam anak kapal itu keluar dengan selamat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
“Tiada apa yang lebih penting daripada keselamatan kakitangan dan pelanggan kami,” tambah syarikat itu. – AGENSI
Penumpang cemas ‘flap’ sayap pesawat patah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.