Kucing kena lelong kerana hutang tuan

Kucing kena lelong kerana hutang tuan

Kucing kena lelong kerana hutang tuan
Meiqiu akan dilelong September ini. – Epoch Times

BEIJING – Seekor kucing jantan daripada baka Dragon Li akan dilelong di China pada 3 September ini selepas pemiliknya gagal membayar hutang, lapor laman berita MSNews semalam.

Menurut akhbar Epoch Times, Mahkamah Yangzhou di wilayah Jiangsu mengeluarkan notis lelongan untuk kucing berusia tiga tahun bernama Meiqiu tersebut di laman e-dagang Alibaba.

Ia ditawarkan dengan harga bidaan permulaan sebanyak 500 yuan (RM290).

Laman berita CTWANT melaporkan, Meiqiu sebelum ini dimiliki oleh sebuah syarikat berhad yang dipercayai mengambil pinjaman sebanyak 3.96 juta yuan (RM2.3 juta) daripada sebuah bank pada tahun 2017.

Disebabkan gagal membayar balik pinjaman, mahkamah telah merampas semua aset syarikat tersebut pada 2022 termasuk kucing yang bernilai sekitar 714 yuan (RM420) itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


Mahkamah kemudian menempatkan Meiqiu buat sementara waktu di sebuah kedai haiwan peliharaan di mana kucing itu telah tinggal di sana selama lebih dua tahun.

Walaupun nilai pasaran kucing itu agak rendah, kos penjagaan selama dua tahun dilaporkan melebihi 20,000 yuan (RM11,800). – AGENSI

Kucing kena lelong kerana hutang tuan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker