Jasad kru kapal jatuh sungai ditemui tidak sempurna

Jasad kru kapal jatuh sungai ditemui tidak sempurna

Jasad kru kapal jatuh sungai ditemui tidak sempurna

SARATOK: Seorang kru kapal warga Myanmar yang dilaporkan terjatuh ke Sungai Krian pada Jumaat lalu, berjaya ditemui dengan jasadnya dalam keadaan tidak sempurna di Lubuk Petan, Kampung Kupang di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, dalam satu kenyataan memaklumkan mayat Thu Htoo Aung, 20, dijumpai oleh penduduk kampung itu.

“Pada jam 12.23 tengah hari, pasukan operasi diketuai PBKI Nasir Drahman menerima maklumat itu daripada penduduk kampung yang menemui jasad terapung di Sungai Lubuk Petan,” katanya.

Pasukan bomba bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di lokasi pada jam 12.35 tengah hari dan membawa jasad ke jeti berhampiran untuk pengecaman.

Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok bersama aset logistik sebuah kenderaan pacuan empat roda serta sebuah bot penyelamat, ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.40 tengah hari tadi.

Sebelum ini, mangsa yang memakai seluar panjang berwarna coklat dan kasut getah pendek dilaporkan terjatuh ke dalam sungai dari kapal Moi Soon 2 yang berlabuh di Wharf Batu Pekan, Saratok, kira-kira jam 9.30 pagi 8 Ogos lalu.

Jasad kru kapal jatuh sungai ditemui tidak sempurna

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker