Warga emas disyaki bakar rumah isteri kedua ditahan
Warga emas disyaki bakar rumah isteri kedua ditahan
SETIU: Seorang lelaki warga emas direman empat hari bermula hari ini selepas disyaki membakar rumah isteri keduanya di Kampung Langkap Baru, Sungai Tong, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris, berkata suspek berusia 79 tahun ditahan di pekarangan Balai Polis Chabang Tiga, Kuala Terengganu kira-kira jam 4.11 pagi tadi.
Katanya, suspek dipercayai bertindak melemparkan sesuatu ke dalam rumah melalui tingkap depan yang terbuka dan mengeluarkan api.
“Suspek kemudian beredar dari lokasi kejadian selepas melakukan perbuatan itu.
“Perbuatan itu dipercayai dilakukan suspek kira-kira jam 1 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, laporan polis berkenaan dibuat oleh anak tirinya yang sempat melihat perbuatan bapa tirinya itu.
“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya.
Warga emas disyaki bakar rumah isteri kedua ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.