Dua cedera bas persiaran rempuh 2 kenderaan di Genting Highlands
Dua cedera bas persiaran rempuh 2 kenderaan di Genting Highlands

BENTONG: Dua cedera selepas sebuah bas persiaran dipercayai terbabas dan merempuh dua kenderaan di Kilometer 17.3 Jalan Genting Highlands, di sini, hari ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata mangsa yang cedera dalam nahas kira-kira jam 5 petang itu membabitkan pemandu bas persiaran dan pemandu sebuah kereta.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika bas persiaran dipandu seorang lelaki dan membawa 20 penumpang warga Vietnam dan seorang pemandu pelancong dalam perjalanan dari arah Genting Highlands ke Genting Sempah.
Katanya, bas terbabit dipercayai hilang kawalan dan merempuh sebuah Perodua Myvi dinaiki dua wanita dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dijadikan teksi juga ke arah Genting Sempah.
“Akibat kemalangan itu, pemandu bas persiaran dan pemandu kereta terbabit yang cedera ringan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan.
“Semua penumpang bas persiaran, penumpang Perodua Myvi, pemandu dan penumpang teksi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi kenyataan media.
Yahaya berkata, punca sebenar kemalangan sedang disiasat.
Dua cedera bas persiaran rempuh 2 kenderaan di Genting Highlands
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.