14 rumah setinggan, 4 kedai di Pantai Dalam musnah dalam kebakaran
14 rumah setinggan, 4 kedai di Pantai Dalam musnah dalam kebakaran
KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 rumah setinggan dan empat premis kedai, termasuk Mydin Mart dan Pasaraya Karnival, musnah dalam kebakaran di Pantai Dalam di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said, berkata Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 11.11 malam.
Beliau berkata, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 80 peratus kawasan perumahan berkeluasan anggaran 0.074 hektar serta premis kedai dengan keluasan 0.223 hektar.


“Bahagian atas Pasaraya Karnival musnah 100 peratus dan tingkat bawah Mydin Mart terbakar 20 peratus, manakala tiga kedai lain bersebelahan mengalami kemusnahan 90 peratus setiap satu.
“Tiada mangsa dilaporkan cedera dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.49 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, sambil memaklumkan bahawa punca kejadian masih disiasat Unit Siasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Beliau berkata, tiga unit Fire Rescue Tender (FRT), dua unit Water Tanker (WT) dan satu unit Aerial Ladder Platform (ALP) dengan kekuatan 36 anggota dari BBP Pantai serta BBP Hang Tuah, BBP Seputeh dan BBP Sri Hartamas terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran itu.


14 rumah setinggan, 4 kedai di Pantai Dalam musnah dalam kebakaran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.