2 pelancong Malaysia disimbah asid, dibakar di Bangkok

2 pelancong Malaysia disimbah asid, dibakar di Bangkok

2 pelancong Malaysia disimbah asid, dibakar di Bangkok
SUSPEK ditangkap selepas menyimbah asid. – Foto KhaoSod

BANGKOK – Seorang bekas petinju Thailand didakwa menyimbah dua pelancong Malaysia dengan cecair mudah terbakar dan membakar mereka di hadapan sebuah pusat beli-belah terkenal di Bangkok, Thailand, lapor portal berita Thaiger semalam.

Orang awam yang prihatin segera bertindak menahan penyerang tersebut sebelum anggota-anggota polis tiba.

Kejadian berlaku sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan) kelmarin, di Jalan Ratchadamri, Lumpini, di hadapan sebuah pusat beli-belah mewah yang terkenal.

Polis mengenal pasti suspek sebagai Worakorn Phabthaisong, 30, dari wilayah Sa Kaeo.

Polis menemui sebotol plastik 1.5 liter yang berisi sejenis cecair dan pemetik api yang dipercayai digunakan dalam serangan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Mangsa yang dikenal pasti sebagai warganegara Malaysia masing-masing berusia 26 tahun dan 27 tahun dikejarkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil.

Saksi memberitahu polis mereka melihat Worakorn berbual dengan pasangan tersebut sebelum beredar.

Beberapa minit kemudian, ketika mangsa duduk di tangga pusat membeli-belah itu, suspek kembali, menyimbah cecair itu ke atas mereka, sebelum dia menyalakannya dengan pemetik api.

Api terus marak, menyambar kedua-dua pelancong tersebut yang kemudian berlari menyelamatkan diri.

Orang awam segera campur tangan, mengejar dan menahan Worakorn sehingga polis tiba.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


Dia dibawa ke Balai Polis Lumpini untuk disoal siasat di mana dia didakwa mengaku melakukan perbuatan itu.

Menurut polis, suspek mendakwa dia tidak mempunyai sebarang konflik peribadi dengan mangsa.

Sebaliknya, dia menyalahkan tindakannya itu kerana tertekan akibat menganggur dan tidak makan.

Dia memberitahu pihak polis bahawa dia pernah menjadi peninju dan baru-baru ini bekerja sebagai pengawal keselamatan, namun telah dipecat.

“Saya sangat tertekan. Saya tiada duit, tiada makanan, tiada kerja.”

Siasatan mengesahkan Worakorn negatif ujian dadah.

Dia telah didakwa dengan cubaan membunuh dengan pegawai-pegawai dari Jabatan Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia membantu dalam kes itu, lapor portal berita KhaoSod. – AGENSI

2 pelancong Malaysia disimbah asid, dibakar di Bangkok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker