Ikan jatuh dari langit cetus kebakaran hutan

Ikan jatuh dari langit cetus kebakaran hutan

Ikan jatuh dari langit cetus kebakaran hutan
SEEKOR ikan yang menyebabkan kebakaran dekat bandar Ashcroft. – Foto AFP/Jabatan Bomba Achcroft

OTTAWA – Seekor ikan yang jatuh dari langit menjadi punca kebakaran hutan dan bekalan elektrik terputus di kawasan luar bandar di Kanada, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pasukan bomba percaya kebakaran itu bermula selepas seekor burung helang keletihan akibat cuaca panas, melepaskan  ikan yang ditangkap.

Ikan itu jatuh di atas kabel elektrik.

Kejadian itu menyebabkan litar pintas, manakala rumput kering di bawah kabel tersebut terbakar selepas terkena percikan api.

Kejadian luar biasa itu berlaku pada 30 Julai lalu kira-kira 6.43 kilometer ke selatan bandar Ashcroft, British Columbia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Kebakaran yang kemudian merebak menyebabkan bekalan elektrik di Ashcroft terputus.

Pasukan bomba bersama peladang menggunakan kira-kira 15,141 liter air untuk memadamkan api.

Ia berlaku kira-kira 3 kilometer ke barat sungai terdekat dengan pasukan penyiasat percaya burung tersebut terbang selepas menangkap ikan.

“Siasatan awal mendedahkan punca kebakaran ini. Ia didapati berpunca daripada seekor ikan,” kata jabatan bomba di Facebook. – AFP/AGENSI

Ikan jatuh dari langit cetus kebakaran hutan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker