Cubaan keluar guna ‘passport terbang’, warga Indonesia dicekup di KLIA

Cubaan keluar guna ‘passport terbang’, warga Indonesia dicekup di KLIA

Cubaan keluar guna 'passport terbang', warga Indonesia dicekup di KLIA

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan di balai berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 selepas dikesan memiliki cap keselamatan mencurigakan, petang semalam.

Lelaki berusia 33 tahun itu dikesan semasa melalui pemeriksaan imigresen sekitar jam 6.30 petang sebelum dijadual berlepas.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan, hari ini memaklumkan, semakan mendapati individu berkenaan memasuki Malaysia melalui pintu masuk Pasir Gudang, Johor pada 18 Julai 2022 dan direkodkan keluar melalui KLIA pada 13 Ogos 2022.

“Bagaimanapun, terdapat beberapa cap keselamatan pergerakan keluar dan masuk atas nama subjek bermula tahun 2022 hingga 2025 yang menimbulkan keraguan.

“Pemeriksaan lanjut melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) menunjukkan tiada sebarang rekod rasmi pergerakan keluar atau masuk bagi subjek sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

Menurut agensi itu lagi, hasil keterangannya kepada pegawai penyiasat, individu terbabit turut mengaku tidak pernah meninggalkan Malaysia sejak tahun 2022.

“Pengakuan itu sekali gus menimbulkan persoalan berkenaan kesahihan cap-cap keselamatan yang terdapat pada pasport miliknya.

“Sebanyak RM4,000 dibelanjakan sebagai bayaran untuk mendapatkan cap keselamatan berkenaan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, AKPS sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab terhadap aktiviti ‘flying’ atau ‘fly passport’ itu.

“AKPS akan membawa perkara ini untuk tindakan tatatertib dan kesalahan jenayah bagi pemalsuan dokumen perjalanan atau sebarang pelanggaran undang-undang imigresen yang lain,” katanya.

 

Cubaan keluar guna ‘passport terbang’, warga Indonesia dicekup di KLIA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker