Polis Pulau Pinang terima 3 laporan kejadian pukau pelancong asing
Polis Pulau Pinang terima 3 laporan kejadian pukau pelancong asing

GEORGETOWN: Polis negeri ini menerima tiga laporan kejadian pukau membabitkan pelancong Taiwan, Belanda dan Syria di sekitar Pulau Tikus serta Jalan Penang di sini pada 30 Julai hingga 1 Ogos lalu.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata berikutan itu pihaknya menjalankan operasi dikenali sebagai ‘Op Tourist’ sehingga membawa kepada penahanan lima suspek warga asing berasal dari Asia Barat semalam.
Katanya, semua suspek ditahan di kawasan tumpuan orang ramai Gurney Plaza terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia 19 hingga 35 tahun dengan dua daripadanya didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).
“Polis turut merampas pelbagai mata wang asing, dua kenderaan dan sepaket dadah jenis ganja sekali gus berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah yang dilihat semakin aktif melakukan kegiatan tersebut.
“Kumpulan itu menyasarkan pelancong dari luar negara dengan cara mengajak mangsa untuk berbual dan semasa perbualan berlangsung, mangsa diminta menunjukkan wang tunai yang berada dalam simpanan mereka.
Mohd Alwi berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 380 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau turut menegaskan, polis Pulau Pinang sangat komited memastikan keselamatan rakyat serta pelancong di negeri itu dan menasihatkan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati ketika berurusan dengan individu idak dikenali.
Katanya, sebarang maklumat berkaitan dengan kejadian ini boleh disalurkan melalui talian Hotline Bilik Gerakan Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang di talian 04-2221624 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sebelum ini media melaporkan lima warga asing termasuk pasangan suami isteri direman selama empat hari di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan kes pukau yang menyasarkan mangsa pelancong warga asing selepas ditahan polis malam tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Perintah reman bermula hari ini sehingga 6 Ogos itu dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi selepas mendapat permohonan polis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.