Hato perkasa kubu Chelsea
Hato perkasa kubu Chelsea

London: Chelsea menandatangani pemain pertahanan muda Belanda, Jorrel Hato dari Ajax dalam satu perjanjian yang dilaporkan bernilai £37 juta (RM210 juta), semalam.
Hato yang melakukan enam penampilan antarabangsa, bersetuju dengan kontrak selama tujuh tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Pemain berusia 19 tahun terbabit adalah pembelian kelapan Chelsea sejak tamat musim lalu ketika pengurus Enzo Maresca memperkukuhkan skuadnya bagi menghadapi cabaran berganda di EPL dan Liga Juara-Juara musim ini.
“Saya sangat teruja, dan sangat gembira berada di sini,” kata Hato, yang boleh beraksi di posisi pertahanan tengah atau bek kiri.
“Saya banyak memikirkan tentang masa depan dan mahu mengambil langkah seterusnya dalam karier saya. Chelsea tempat terbaik untuk saya lakukan itu, jadi saya sangat gembira.”
Hato menyertai akademi Ajax dari kelab kampung halamannya, Sparta Rotterdam pada 2018 dan menandatangani kontrak profesional pertamanya pada usia 16 tahun, empat tahun kemudian.
Dia menjaringkan empat gol dalam 111 penampilan bersama gergasi Eredivisie itu, dan melakukan penampilan sulung bersama skuad kebangsaan sebagai pemain gantian menentang Gibraltar pada tahun 2023.
Juara Piala Dunia Kelab, Chelsea akan memulakan kempen EPL mereka di laman sendiri menentang Crystal Palace pada 17 Ogos.
Sebelum mendapatkan Hato, Chelsea menandatangani Jamie Gittens, Liam Delap, Joao Pedro, Mamadou Sarr, Dario Essugo, Estevao Willian dan Kendry Paez.
Hato perkasa kubu Chelsea
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.