KDA FC mula langkah kanan, benam Machan FC di laman sendiri
KDA FC mula langkah kanan, benam Machan FC di laman sendiri

Jitra: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memulakan kempen Liga A1 Semi-Pro musim ini dengan kemenangan 1-0 ke atas Machan FC di Stadium Mini Majlis Perbandaran Kubang Pasu, sebentar tadi.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan ketua pasukan, Zamri Pin Ramli pada minit kelima hasil tandukan susulan sepakan sudut.
Machan cuba bangkit melalui percubaan Zarif Syamil dan Zahir Syakil namun ketangkasan penjaga gol KDA, Aqil Syahmi menafikan segala usaha itu.
Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan termasuk percubaan Za’im Hakim yang terkena palang dan beberapa peluang yang gagal disudahkan oleh penyerang KDA.
Perlawanan berakhir dengan layangan kad merah kepada pemain Machan, Zarif Syamil, selepas mengutip kad kuning kedua, sekali gus mengesahkan tiga mata milik pasukan kendalian Azzmi Aziz.
KDA FC mula langkah kanan, benam Machan FC di laman sendiri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
You must be logged in to post a comment.