Hutan terbakar di FELDA Sungai Buaya: 23.47 hektar dipadam, operasi masih diteruskan
Hutan terbakar di FELDA Sungai Buaya: 23.47 hektar dipadam, operasi masih diteruskan

KUALA LUMPUR: Kawasan hutan di Jalan Kiambang Sari 1, dekat FELDA Sungai Buaya dilapor terbakar semalam membabitkan keluasan kira-kira 24.28 hektar.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan panggilan kecemasan diterima jam 6.36 petang, sebelum jentera bomba pertama tiba di lokasi jam 6.47 petang.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa mengetuai operasi berkenaan, dengan dibantu BBP Rawang.
“Sehingga jam 7 pagi hari ini, anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran seluas 23.47 hektar, dengan baki 0.80 hektar lagi masih terbakar.
“Usaha pemadaman kebakaran masih diteruskan,” katanya.
Hutan terbakar di FELDA Sungai Buaya: 23.47 hektar dipadam, operasi masih diteruskan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.