Pelajar Tingkatan Tiga maut, 2 rakan cedera motosikal bergesel sesama sendiri

Pelajar Tingkatan Tiga maut, 2 rakan cedera motosikal bergesel sesama sendiri

Pelajar Tingkatan Tiga maut, 2 rakan cedera motosikal bergesel sesama sendiri
Pelajar Tingkatan Tiga maut dan dua rakannya cedera apabila dua motosikal dinaiki mereka bergesel sesama sendiri awal pagi tadi. Foto ihsan pembaca

SEREMBAN: Seorang pelajar Tingkatan Tiga maut dan dua rakannya cedera apabila dua motosikal dinaiki mereka bergesel sesama sendiri dekat Jalan Persiaran Nusari 1, Sendayan, di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Muhd Amrul Yazid Anuar, berkata dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa yang maut adalah Ungku Muhammad Asfa Danish Ungku Mohamad Fairuz, 15, selepas parah pada bahagian kepala.

“Polis menerima maklumat daripada anggota Kaunter Aduan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban memaklumkan satu kemalangan berlaku membabitkan dua motosikal.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz ditunggang seorang remaja bersama mangsa yang meninggal dunia itu datang dari arah Seremban menghala ke Sendayan.

“Rakan mereka juga seorang remaja berusia 15 menunggang motosikal jenis CMC Ario dari arah sama, tetapi dikatakan bergesel sesama sendiri sebelum terbabas ke atas batu landskap di tengah jalan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Muhd Amrul berkata, akibat kemalangan itu, Ungku Muhammad Asfa Danish yang membonceng motosikal Ego Avantiz dan parah di bahagian kepala, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang motosikal itu dan motosikal CMC Ario cedera di bahagian tangan serta kaki.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat, manakala dua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini.

“Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syakinah Ahmad di talian 0179013429.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

Pelajar Tingkatan Tiga maut, 2 rakan cedera motosikal bergesel sesama sendiri

 

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker