Che Nom Umum Undur Diri Dari Dunia Influencer!
Selepas Lebih 10 Tahun
Che Nom Umum Undur Diri Dari Dunia Influencer!
Selepas lebih satu dekad menjadi antara nama paling dikenali dalam dunia masakan digital Malaysia, Che Nom mengumumkan pengunduran dirinya daripada dunia influencer marketing.
Berita mengejutkan itu dikongsikan menerusi satu hantaran panjang di akaun Facebook miliknya, yang mengundang pelbagai reaksi daripada peminat setianya.
Bukan Sibuat Secara Tergesa-gesa

Menurut Che Nom, keputusan ini bukanlah dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya hasil pertimbangan mendalam setelah menyedari perubahan ketara dalam landskap industri pencipta kandungan digital, khususnya dalam aspek kerjasama komersial bersama jenama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Ramai ingat jadi influencer ni senang, tapi realitinya semakin lama semakin perit
Beliau menjelaskan bahawa industri kini dipenuhi ramai influencer baharu, menyebabkan persaingan harga yang agresif atau price war, sehingga menjejaskan kualiti kandungan.
Katanya lagi, kebanyakan tawaran bayaran tinggi kini datang daripada syarikat antarabangsa, namun tidak semuanya seiring dengan nilai peribadi atau prinsip yang beliau pegang.
Ada jenama yang dikaitkan dengan isu berat yang kita sendiri rasa tak sanggup nak sokong.
Memerlukan Pengalaman Dan Kemahiran Profesional
Selain itu, Che Nom turut meluahkan cabaran di sebalik penghasilan kandungan berbayar, daripada memenuhi kehendak klien, suntingan berulang kali, hingga tekanan mematuhi tarikh akhir.
Beliau menekankan bahawa menjadi pencipta kandungan profesional memerlukan pengalaman dan kemahiran kerja sebenar, bukan sekadar minat semata-mata.
Dalam hantaran sama, Che Nom turut menitipkan nasihat buat generasi muda yang ingin menceburi dunia kandungan digital.
Bina Asas Kukuh

Dunia influencer bukan jalan pintas cari duit.
Tanpa asas, ia boleh membebankan secara mental dan emosi.
Sebagai penutup, Che Nom mengumumkan bahawa beliau akan menyiarkan video terakhir bersama jenama satu jenama yang dianggap sebagai kerjasama bermakna dan penuh kenangan.
Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai selama ini dan memohon doa agar fasa baharu hidupnya berjalan lancar.
Pengunduran Che Nom menjadi simbol refleksi terhadap realiti industri kandungan digital yang semakin mencabar dan juga pengiktirafan kepada kejujuran serta kecekalan yang beliau tunjukkan sepanjang kerjayanya.
Che Nom Umum Undur Diri Dari Dunia Influencer!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.