Wang tunai RM4,000 musnah dalam kebakaran, pesakit kanser tinggal sehelai sepinggang
Wang tunai RM4,000 musnah dalam kebakaran, pesakit kanser tinggal sehelai sepinggang

JITRA: “Wang tunai RM4,000 yang disimpan dalam rumah semuanya hangus selepas rumah makcik terbakar pagi tadi.
“Wang itu makcik baru terima semalam hasil bermain kutu dan makcik bercadang nak bina bilik mengurut guna duit itulah kerana itulah mata pencarian makcik selama ini, tetapi segalanya musnah,” kata Fadzilah Ahmad, 69.
Fadzilah adalah pemilik rumah di Kampung Tok Jalai, yang musnah dalam kebakaran di sini hari ini.
Menurutnya, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana pergi mengurut di rumah pelanggannya sejak jam 8.30 pagi.
“Masa balik rumah jam 11 pagi tu, makcik nampak rumah dah terbakar hampir kesemuanya dan makcik hampir pengsan kerana rumah itulah satu-satunya yang makcik ada,” katanya ketika dihubungi hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Fadzilah yang menghidap kanser ovari tahap empat berkata, selain itu barangan kemas yang ditemui dalam rumahnya itu sudah diserahkan oleh pihak bomba.
Namun katanya, segala buku rawatan hospital serta ubat kanser yang disimpan dalam rumah terbakar semuanya.
“Makcik sedih semuanya dah terbakar dan segala kenangan bersama arwah suami dulu habis musnah semuanya.
“Makcik tiada anak dan hanya tinggal seorang diri di rumah ini namun makcik bersyukur kerana ketika kejadian makcik tiada di rumah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 11.11 pagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Beliau yang mengetuai operasi itu berkata, lapan anggota dari BBP Jitra turut melakukan operasi memadam kebakaran itu dari terus merebak.
“Api berjaya dikawal pada jam 11.37 pagi dan dipadam sepenuhnya jam 2.22 petang.
“Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Pinang, Seberang Nyonya, Kota Sarang Semut, Padang Sera, Tunjang, Kilang Tebu, Kampung Berjaya, Air Hitam dan Jalan Kundor.
“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu dan setakat ini punca serta kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Wang tunai RM4,000 musnah dalam kebakaran, pesakit kanser tinggal sehelai sepinggang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.