Ghaddar mungkin kecewa – Tan Sri Annuar Musa
Ghaddar mungkin kecewa – Tan Sri Annuar Musa

Kota Bharu: Bekas import penyerang Kelantan, Mohamed Ghaddar perlu bersikap profesional berhubung isu pengambilan pemain import Kelantan The Real Warrior (Kelantan TRW).
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebagai individu yang mempunyai kontrak atau ikatan dengan kelab, mereka harus mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan tidak menyebarkan sebarang surat atau maklumat yang menjadi kerahsiaan pihak dalaman.
Katanya, ini termasuk soal menawarkan pemain import kepada Kelantan TRW yang ditolak kelab atas sebab-sebab tertentu.
“Kita ikut peraturan biasa, sekarang kita lihat prestasi, rekod pemain secara atas talian (online), bila kena ada pertemuan semuka memang ditanggung sendiri ejen atau pemain kecuali mendapat jemputan.
“Kalau ikutkan, Ghaddar sendiri sudah langgar peraturan dengan muat naik surat yang rahsia (confidential),” katanya ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain serta rakan penaja The Real Warriors musim 2025/2026 di perkarangan Mydin Tunjung, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan TRW, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah.
Annuar berkata, soal pengambilan pemain sama ada import atau tidak bukan hanya bergantung kepada dia seorang sebaliknya perlu mendapat persetujuan semua pihak termasuk pengurusan dan ketua jurulatih.
Katanya, jika kelab menipu import, kenapa sembilan, 10 lagi pemain import lain tidak mempunyai masalah dan boleh beraksi bersama pasukan Kelantan TRW.
Beliau berkata, sebelum ini bekas pemain Lubnan itu kembali ke Kelantan sebagai jemputan bekas pemain Kelantan, diberikan tiket,hotel,makanan dan wang tunai.
Ghaddar bagaimanapun menawarkan pemain, Moaiad Alkhouli sebagai import kelab namun ditolak pasukan kendalian E Elavarasan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
“Kita kena periksa juga dia (Ghaddar) ni agen sah atau tidak, ada sijil dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), pemain kena lulus ujian kecergasan, kalau pemain itu bagus tapi tak menepati apa yang bersesuaian dengan pasukan, kita tak ambil juga.
“Saya anggap mungkin Ghaddar kecewa, dia baru nak jadi agen, nak mulakan perniagaan tapi apapun sebarang tindakan kita berbincang,” katanya.
Terdahulu, Ghaddar mendakwa Kelantan TRW menipu dirinya dan membuat janji palsu selepas gagal memuktamadkan perjanjian dengan Moaiad.
Ghaddar mungkin kecewa – Tan Sri Annuar Musa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.