Mayat wanita ditemui bawah jambatan Sungai Klang

Mayat wanita ditemui bawah jambatan Sungai Klang

Mayat wanita ditemui bawah jambatan Sungai Klang

KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita tanpa identiti dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas batu di bawah jambatan Sungai Klang berhampiran Jalan Jurutera, Puchong dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihaknya menerima laporan awam berhubung penemuan itu pada jam 11.58 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa berpakaian serta hitam, dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri atau barangan peribadi ditemui bersamanya.

“Pihak forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah hadir di tempat kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

“Berdasarkan keadaan, mangsa dipercayai berada dalam sungai lebih kurang 24 jam dan mayat sudah mulai kembung,” katanya dalam satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Wan Azlan berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Serdang, untuk bedah siasat dijadualkan pada jam 8 pagi ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor K Vigneswaran, melalui talian 014-922 9233 atau balai polis berhampiran.

Mayat wanita ditemui bawah jambatan Sungai Klang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker