England lakar sejarah pertahan kejuaraan Euro

England lakar sejarah pertahan kejuaraan Euro

England lakar sejarah pertahan kejuaraan Euro
BARISAN pemain England meraikan kejayaan memenangi Euro 2025. FOTO REUTERS

Basel: Chloe Kelly menyempurnakan sepakan penentuan ketika England menewaskan Sepanyol 3-1 menerusi penentuan penalti untuk menjulang trofi Euro Wanita 2025, awal pagi tadi, selepas aksi sebenar terikat 1-1 sebaik berakhir masa tambahan.

Kemenangan itu membolehkan skuad Lionesses membalas dendam atas kekalahan mereka dalam perlawanan akhir Piala Dunia dua tahun lalu sekali gus mengekalkan kejuaraan Eropah.

Sepanyol kelihatan seperti akan mengulangi kemenangan mereka ke atas England di Sydney pada 2023 apabila menguasai perlawanan di St Jakob-Park di Basel dan mendahului menerusi tandukan Mariona Caldentey pada separuh masa pertama.

Namun, England tidak panik selepas sebelum ini juga ketinggalan menentang Sweden di suku akhir dan Itali di separuh akhir sebelum bangkit mencipta kemenangan.

Alessia Russo menyamakan kedudukan menerusi tandukan sebelum minit ke-60, dan tiada gol tambahan selepas itu menyebabkan perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti, di mana Kelly yang sekali lagi memberi impak besar dari bangku simpanan, menyempurnakan penalti kemenangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


“Saya tenang, saya berkeyakinan. Saya tahu saya akan jaringkan gol itu,” kata Kelly kepada BBC mengenai sepakan penaltinya.

Ia adalah kekalahan yang menyakitkan buat Sepanyol, tetapi mereka gagal menyempurnakan tiga daripada sepakan penalti, termasuk sepakan oleh pemenang Ballon d’Or, Aitana Bonmati yang berjaya diselamatkan.

England di bawah bimbingan Sarina Wiegman kini menjadi juara Eropah dua kali berturut-turut, tiga tahun selepas mereka menewaskan Jerman dalam masa tambahan di Wembley untuk memenangi kejohanan utama wanita pertama mereka.

“Penuh drama. Anda berjuang habis-habisan ketika saat paling genting dan membuat negara bangga. Pencipta sejarah,” tulis Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu, di X.

Kemenangan ke atas Sepanyol sedikit sebanyak mengubat kekecewaan tewas dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2023, dan kejayaan itu juga mengesahkan tempat Wiegman dalam kalangan jurulatih terhebat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


Beliau kini sudah memenangi tiga Kejohanan Eropah berturut-turut selepas membawa negara asalnya, Belanda menjulang kejuaraan pada 2017 sebelum melakukan perkara sama bersama England tiga tahun lalu.

“Kami berkata kami boleh menang dengan apa jua cara dan itulah yang kami tunjukkan sekali lagi hari ini. Saya sangat bangga dengan pasukan dan kakitangan. Ia sesuatu yang luar biasa,” kata Wiegman, yang pasukannya tewas kepada Perancis pada perlawanan pertama kejohanan ini.

England lakar sejarah pertahan kejuaraan Euro

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker