Daiyan Trisha Dikecam Kerana Trend Ini Dengan Henry Moodie [VIDEO]
“Takde Batas Ke?”-
Daiyan Trisha Dikecam Kerana Trend Ini Dengan Henry Moodie [VIDEO]
Kalau kamu nak tahu, sound yang menduduki carta teratas di TikTok adalah “Is This Illegal” daripada Pinkpantheress. Sound yang menjadi trend ketika ini telah digunakan lebih daripada 800,000 pengguna TikTok termasuklah penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha.
Trend ini melibatkan dua individu, di mana mereka berjabat tangan sambil lipsync lirik dalam lagu tersebut dengan berjenaka menyerlahkan perbezaan gaya hidup mereka.
Di akaun peribadi TikTok Daiyan, penyanyi dan pelakon ini telah mengikuti trend “Is This Illegal” bersama penyanyi terkenal antarabangsa iaitu Henry Moodie. Kedua-dua mereka dilihat begitu mesra sambil berjabat tangan.
@daiyantrisha22 hi @Henry Moodie i’m really glad to meet you
Menerusi video dikongsi itu, Daiyan mengatakan dirinya dan Henry mempunyai persamaan dalam mencipta lagu iaitu menjadikan kisah kecewa serta patah hati mereka kepada lagu.
“POV: Anda berdua mengubah patah hati menjadi lagu”
![Daiyan Trisha Dikecam Kerana Trend Ini Dengan Henry Moodie [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/07/5-5.webp)
Walaupun ramai yang gembira melihat interaction antaranya dan Henry, tetapi ada segelintirnya kurang senang melihat sikap Daiyan. Ini kerana mereka mengatakan Daiyan tidak menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai mengecam dan mengkritik Daiyan, beranggapan bahawa penyanyi dan pelakon itu tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia terutamanya mereka yang beragama Islam.
![Daiyan Trisha Dikecam Kerana Trend Ini Dengan Henry Moodie [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/07/7-3.webp)
“Mekah Madinah mungkin tempat untuk bercuti sahaja bagi beliau”, komen @smollvirgo.
“Ya Allah, Doiyan mane batas”, komen @nadhirnasar_8.
“Memang takde batas ke cane?”, komen @m4nusia.12.
“Ya rasanya haram, kerana menyentuh antara satu sama lain”, komen @nuqmaninho.
“Hujung tahun pi umrah cuci dosa. Macam tu la ulang-ulang”, komen @mhd.rzm.
“Is this illegal? Hm macam kena je soalan tu”, komen @loqme9.
Ketika dikritik dan dikecam Daiyan sempat membalas komen seorang pengguna TikTok, mendedahkan dia mahu membawa Henry mencuba juadah nasi lemak di Malaysia.
Daiyan Trisha Dikecam Kerana Trend Ini Dengan Henry Moodie [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.