9 warga asing ditahan bergaduh guna topi keselamatan, batang besi di tapak pembinaan
9 warga asing ditahan bergaduh guna topi keselamatan, batang besi di tapak pembinaan

KUALA LUMPUR: Sembilan lelaki warga asing disyaki terbabit pergaduhan di tapak pembinaan di Bangsar di sini, ditahan polis semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Ahmad Firdaus Mustafa Kamal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung pergaduhan itu jam 4.53 petang.
“Sepasukan polis yang bergegas ke lokasi menahan sembilan lelaki warga asing berusia 24 hingga 37 tahun yang disyaki terbabit pergaduhan itu.
“Enam topi keselamatan dan tiga batang besi yang dipercayai digunakan semasa pergaduhan dirampas polis,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata.
9 warga asing ditahan bergaduh guna topi keselamatan, batang besi di tapak pembinaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.