Polis lepaskan tembakan, ugut pelanggan
Polis lepaskan tembakan, ugut pelanggan

MANILA – Seorang anggota polis dalam keadaan mabuk dirakam mengugut pelanggan dan lepaskan tembakan di sebuah kedai serbaneka di Quezon, Filipina, lapor porta berita Must Share News semalam.
Menurut media tempatan, anggota polis peronda bernama Rodolfo Avila Madlang-awa, 30, singgah ke kedai serbaneka tersebut pukul 2 pagi (waktu tempatan) untuk membeli ais.
Tanpa disangka, dia mengeluarkan sepucuk pistol dan mula melepaskan tembakan rambang.
Madlang-awa turut mengacukan pistol ke arah seorang pelajar berusia 20 tahun yang datang ke kedai tersebut untuk membeli rokok.
Suspek kemudian diserahkan kepada polis oleh saudara lelakinya. Dia berdepan pelbagai pertuduhan jenayah termasuk peras ugut, mendatangkan kecederaan fizikal dan melepaskan tembakan secara haram. – AGENSI
Polis lepaskan tembakan, ugut pelanggan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.