Van polis ‘tunda’ kerusi roda
Van polis ‘tunda’ kerusi roda

LONDON – Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki berkerusi roda ditarik sejauh kira-kira 60 meter oleh sebuah van polis yang sedang bergerak, lapor akhbar Manchester Evening News semalam.
Kejadian berlaku di Bark Street, Bolton, Britain pada 7 Julai lalu.
Menurut perakam video, Zohib Hussain, dia tergamam apabila secara tidak sengaja menyaksikan insiden itu ketika berehat di tempat kerja.
“Pada awalnya, saya berpendapat ia lucu. Namun, ia sebenarnya berbahaya kerana dia boleh dilanggar,” kata Zohib.
Dalam video itu, lelaki berkenaan sempat melambai ke arah van sebagai tanda terima kasih kerana membawanya sampai ke destinasi.
Hantaran itu dimuat naik di laman TikTok dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.
“Salah satu cara untuk mengelak daripada cukai dan insurans (kenderaan),” kata seorang netizen. – AGENSI
Van polis ‘tunda’ kerusi roda
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.