Mesra ada nilai

Mesra ada nilai

Mesra ada nilai
RIENA akui ‘posting’ kemesraan bersama Keith ikut kehendak kerja, ‘konten’ berdua dalam media sosial berbayar. – FOTO Aswadi Alias

Bagaimanapun, kata Riena yang sudah setahun bercinta dengan Keith, dia juga sudah jarang memuat naik mengenai kekasihnya itu di Instagram dan TikTok kecuali membabitkan komitmen kerja.

“Ketika mula bercinta dulu biasalah memang kami banyak buat ‘posting’ bersama dan sekarang saya rasa sudah berkurangan.

“Kami juga akan terbabit dengan penggambaran dan projek bersama pelakon lain pula dan mungkin orang akan nampak ‘posting’ kami berdua berkurangan di media sosial selepas ini,” katanya.

Keith serasi ganding dengan Riena di set

Mengenai keserasian berganding di set pula, kata Keith atau nama sebenarnya, Foo Chuan Chin, ia menjadi satu kelebihan kerana mereka juga adalah pasangan kekasih di luar.

“Mungkin orang fikir sebagai pelakon senior saya yang akan beri tunjuk ajar pada Riena di set.

“Kadang-kadang terbalik pula kerana saya yang akan tanya pendapat Riena dari sudut pandangannya mengenai sesuatu perkara itu,” katanya.

Kata Kieth lagi, dia juga selalu mengingatkan semua pelakon sama ada muda, senior atau bertaraf legenda sekali pun semuanya masuk dalam industri dengan pengalaman masing masing.

“Kadang-kadang pengalaman yang pernah dilalui seseorang pelakon itu, dia akan masukkan dalam karakter. Saya pun kadang-kadang belajar daripada Riena juga dan tanya pendapatnya kerana ia satu proses pembelajaran dan bertukar idea antara satu sama lain.

“Sebagai pasangan kekasih pula, kami akan selalu bertukar pandangan dan beri teguran untuk menjadi lebih baik kerana kami juga bersaing dengan ramai bakat baru dalam industri seni ketika ini,” katanya.

Mesra ada nilai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker