Konvoi motosikal halang trafik boleh didakwa

Konvoi motosikal halang trafik boleh didakwa

Konvoi motosikal halang trafik boleh didakwa
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri. – Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Konvoi penunggang motosikal yang menghalang pergerakan kenderaan lain boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Beliau berkata di bawah seksyen berkenaan, jika disabitkan kesalahan, individu-individu terbabit boleh didenda minimum RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 atau dipenjara tidak kurang daripada setahun, atau kedua-duanya sekali.

“Setiap pergerakan berkumpulan atau konvoi perlu dimaklumkan kepada pihak JSPT bagi tujuan penyelarasan kumpulan berkenaan demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

“Sekiranya pergerakan konvoi bermotosikal tersebut tiada bantuan keselamatan daripada pihak JSPT, ia perlu mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan serta tiada penggunaan pengiring atau marshal dibenarkan untuk pergerakan secara berkonvoi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular video yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal bergerak secara berkumpulan di lebuh raya sambil dikawal beberapa individu memakai jaket keselamatan berwarna kuning.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Mohd Yusri berkata kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 285 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berdekatan Nilai, Negeri Sembilan, membabitkan pergerakan dari Kuala Lumpur ke arah selatan tanah air.

Beliau menegaskan semua pengguna jalan raya harus saling bertolak ansur semasa berada di jalan raya bagi memastikan kelancaran dan keselamatan bersama.

“Semua kenderaan yang bergerak perlahan hendaklah berada di lorong kiri dan tidak menghalang laluan kenderaan lain yang lebih laju,” katanya.

Mohd Yusri turut menasihatkan semua pengguna jalan raya termasuk pejalan kaki, penunggang basikal atau pengguna bermotor supaya sentiasa bekerjasama dalam aliran trafik, sama ada di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri ataupun jalan bandaran.

–- BERNAMA

Konvoi motosikal halang trafik boleh didakwa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker