Ancelotti dihukum penjara setahun, tapi tak perlu masuk penjara

Ancelotti dihukum penjara setahun, tapi tak perlu masuk penjara

Ancelotti dihukum penjara setahun, tapi tak perlu masuk penjara
CARLO Ancelotti. -FOTO AFP

Madrid: Mahkamah Sepanyol pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap bekas pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti atas kesalahan penipuan cukai yang dilakukan pada 2014, namun hukuman itu tidak mewajibkan jurulatih Brazil itu menjalani hukuman penjara.

Pihak pendakwa mendakwa pengendali dari Itali itu mencipta sistem syarikat ‘shell’ bagi menyembunyikan pendapatan tambahan ketika tempoh pertama beliau mengendalikan Real Madrid pada 2014 dan 2015, terutamanya menerusi hak imej.

Mereka berkata pengendali berusia 66 tahun itu, antara pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak, gagal membayar lebih €1 juta (kira-kira RM5.09 juta) hasil pendapatan yang tidak diisytiharkan bagi tempoh tersebut, dan pihak pendakwa menuntut hukuman penjara empat tahun sembilan bulan terhadapnya.

Ancelotti menafikan beliau sengaja melakukan penipuan cukai dalam perbicaraan yang mendapat liputan meluas pada April lalu, dengan menyatakan beliau tidak menyedari bahawa skim yang membolehkannya menerima sebahagian daripada gaji menerusi hak imej akan menyebabkan beliau membayar cukai yang lebih rendah.

Namun, bekas pengurus Chelsea, Bayern Munich dan Paris Saint-Germain itu, yang kini tidak lagi menetap di Sepanyol, tidak akan menjalani hukuman penjara memandangkan hukuman berkenaan kurang daripada dua tahun dan beliau tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Mahkamah turut membebaskan Ancelotti daripada pertuduhan penipuan cukai bagi tahun taksiran 2015.

Ancelotti dihukum penjara setahun, tapi tak perlu masuk penjara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker