Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil 61 saksi setakat ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata kesemua saksi itu dipanggil baru-baru ini manakala jumlah aset dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri kekal sama seperti yang pernah diumumkan sebelum ini.
“Saya percaya, mungkin tidak sampai dua bulan pun kertas siasatan akan disiapkan untuk dikemukakan kepada Timbalan
Pendakwa Raya,” katanya dalam sidang media selepas majlis serah terima tugas Pengarah SPRM Kelantan yang baharu Azmin Yusoff dan penyandang sebelum ini, Rosli Husain di sini hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
Pada 25 Jun lalu, media melaporkan SPRM memanggil 55 individu untuk dirakam keterangan dengan sembilan tangkapan dilakukan susulan siasatan kes berkenaan.
Selain itu, SPRM memaklumkan penggeledahan turut dilaksanakan termasuk di kediaman suspek dengan 14 akaun individu serta lapan akaun syarikat dibekukan membabitkan jumlah keseluruhan mencecah RM156 juta.
Seleweng dana lebuh raya: SPRM panggil 61 saksi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.