Pensyarah rugi hampir RM300,000 terpedaya suspek menyamar pegawai polis
Pensyarah rugi hampir RM300,000 terpedaya suspek menyamar pegawai polis

KUANTAN: Seorang pensyarah berusia 44 tahun kerugian RM294,000 selepas terpedaya dengan suspek yang menyamar sebagai pegawai syarikat platform e-dagang dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, lelaki itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya pegawai syarikat e-dagang kononnya nombor telefon mangsa disalahgunakan dalam aktiviti penipuan pada 30 April lalu.
Katanya, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu lain menyamar sebagai pegawai polis yang mendakwa mangsa terbabit dalam kegiatan pemalsuan dokumen dan pengubahan wang haram.
“Suspek memperdaya mangsa dengan ancaman hukuman penjara dan sebatan yang menyebabkan mangsa dalam keadaan panik sehingga membuat sebanyak 17 transaksi kepada 11 akaun bank berbeza yang keseluruhannya berjumlah RM294,000.00.
“Transaksi dilakukan melalui perbankan secara dalam talian dan mesin deposit tunai (CDM).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
“Suspek turut mengarahkan mangsa untuk melapor diri lima kali sehari melalui telefon, aplikasi WhatsApp dan panggilan video.
“Sumber kewangan adalah daripada wang simpanan dan pinjaman bank. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Susulan kes, Yahaya menasihati orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan yang berkenaan untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.
“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.mp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.
Pensyarah rugi hampir RM300,000 terpedaya suspek menyamar pegawai polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
You must be logged in to post a comment.