MCMC rakam percakapan individu muat naik kandungan jelik

MCMC rakam percakapan individu muat naik kandungan jelik

MCMC rakam percakapan individu muat naik kandungan jelik
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan seorang individu susulan kandungan jelik bersifat perkauman yang dimuat naik di platform media sosial miliknya.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan suruhanjaya itu turut menyita sebuah telefon bimbit dan satu unit kad SIM untuk melengkapkan siasatan.

“Kandungan tersebut dipercayai menyentuh pelantikan Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu dengan naratif perkauman yang berpotensi mencetus provokasi serta menggugat perpaduan dan keharmonian negara.

“Susulan itu, individu tersebut telah dipanggil untuk memberikan keterangan dan membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


“MCMC kekal komited untuk memastikan ruang siber negara kekal selamat, sejahtera dan dihormati, selaras dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional dan keharmonian antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia,” menurut suruhanjaya itu.

Media sebelum ini melaporkan Datuk Johnny Lim Eng Seng melakar sejarah sebagai pegawai kanan berbangsa Cina pertama dinaikkan pangkat kepada Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – BERNAMA

MCMC rakam percakapan individu muat naik kandungan jelik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker