Stor simpan senjata api tiruan diserbu, tiga warga asing ditahan

Stor simpan senjata api tiruan diserbu, tiga warga asing ditahan

Stor simpan senjata api tiruan diserbu, tiga warga asing ditahan
Sebahagian daripada senjata api tiruan yang dirampas dalam serbuan di sebuah kediaman di Taman Megah, Kepong, hari ini. – Foto ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Polis menyerbu sebuah rumah di Taman Megah, Kepong, di sini yang dijadikan stor simpanan pelbagai senjata api tiruan termasuk menyerupai pistol separa automatik Walther P99 yang digunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tiga warga asing terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia 35 hingga 45 tahun turut ditahan dalam serbuan itu.

Serbuan menerusi Op Taring Baravo 3.0 it susulan risikan selama sebulan berhubung aktiviti penjualan senjata api tiruan melalui media sosial selain beberapa kejadian jenayah di mana suspek dikesan menggunakan senjata palsu.

Timbalan Pengarah Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Senior Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, serbuan di Kepong itu adalah salah satu daripada empat serbuan serentak di sekitar ibu negara dan Johor Bahru bermula jam 7 pagi tadi.

“Dalam serbuan di sebuah kediaman di Taman Megah, Kepong, kita mendapati premis itu dijadikan stor untuk menyimpan ratusan kotak berisi pelbagai jenis senjata menyerupai senjata sebenar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


“Antara senjata yang dirampas termasuk senapang tiruan jenis M4, AR-15, ARP-9, PDX, submesingan Heckler & Koch MP5 serta pistol Walther P99,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, hari ini.

Selain itu, katanya turut dirampas ialah pistol menyerupai Glock 17, Browning, CZ, Sand Viper, pistol penembak tombak (harpoon gun), busur silang dan beberapa lastik logam serta peluru bebola (ball bearing).

“Sebahagian daripadanya diperbuat daripada logam dan mempunyai rupa serta fungsi seperti senjata sebenar, misalnya ‘harpoon gun’ itu boleh menembak lembing yang mampu mencederakan manusia,” katanya.

Zairulnizam berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek disyaki berperanan sebagai penjaga stor dan ‘runner’ bagi menguruskan hantaran serta tempahan daripada pelanggan tempatan.

“Sindiket ini dipercayai menyewa kediaman di kawasan perumahan dilengkapi pengawal keselamatan bagi mengelak daripada dikesan pihak polis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


“Bekalan senjata api tiruan itu pula dipercayai diperoleh melalui pesanan dalam talian sebelum dijual semula menerusi aplikasi TikTok dengan harga berbeza mengikut kualiti.

“Siasatan lanjut masih berjalan bagi memperolehi jumlah sebenar senjata api yang dirampas. Maklumat lengkap hasil serbuan dan rampasan akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 7 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958.

“Melihat kepada jumlah kotak yang ada, kita percaya permintaan terhadap senjata api mainan seperti ini agak tinggi di Malaysia.

“Polis kini sedang menjejaki pembeli yang pernah membeli senjata tiruan daripada sindiket berkenaan,” katanya.

Zairulnizam turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyimpan, memiliki atau menjual apa-apa senjata api tiruan kerana ia menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.

Dalam masa sama, beliau menggesa penyedia platform media sosial supaya bertanggungjawab memantau aktiviti penjualan di platform masing-masing bagi mengelakkan peralatan atau barangan yang tidak mematuhi undang-undang negara dijual secara terbuka.

Stor simpan senjata api tiruan diserbu, tiga warga asing ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker