Rasuah kontrak pembangunan: Pengarah agensi kerajaan dituduh di Mahkamah Sesyen KL pagi esok

Rasuah kontrak pembangunan: Pengarah agensi kerajaan dituduh di Mahkamah Sesyen KL pagi esok

Rasuah kontrak pembangunan: Pengarah agensi kerajaan dituduh di Mahkamah Sesyen KL pagi esok
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah jabatan bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Suspek ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah membabitkan kontrak pembangunan dengan anggaran bernilai jutaan ringgit.

Beliau dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

Difahamkan, lelaki berusia 50-an yang berkhidmat di sebuah negeri itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Dia akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pagi esok,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dengan lima pertuduhan.

Hari ini, dalam satu sidang media, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, mengesahkan seorang pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) sebuah negeri dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Katanya, pengarah itu akan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dengan lima pertuduhan.

Rasuah kontrak pembangunan: Pengarah agensi kerajaan dituduh di Mahkamah Sesyen KL pagi esok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker