Maresca puji sumbangan Delap

Maresca puji sumbangan Delap

Maresca puji sumbangan Delap
AKSI Delap menjaringkan gol kedua Chelsea. FOTO Reuters

Philadelphia: Penyerang baharu Chelsea, Liam Delap menjaringkan gol pertamanya untuk kelab semalam bagi membantu pasukan London tersebut mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab dengan kemenangan 3-0 ke atas Esperance de Tunis.

Delap, yang ditandatangani dengan harga £30 juta (RM173 juta) dari Ipswich Town awal bulan ini, menunjukkan perkembangan mantap dan menggembirakan jurulatih Enzo Maresca memandangkan Chelsea akan kehilangan penyerang Nicolas Jackson untuk perlawanan menentang Benfica pada awal pagi Ahad selepas dia dilayangkan kad merah ketika menentang Flamengo.

Delap salah seorang penyerang muda paling dikehendaki musim panas ini, mampu memberikan sentuhan berbisa yang telah lama hilang dari Chelsea menerusi semangat dan tenaganya.

Maresca gembira dengan apa yang ditunjukkan oleh pemain itu dan menjangkakan banyak kejayaan besar daripadanya.

“Malangnya, dia tidak menjaringkan gol ketika menentang Flamengo, tetapi malam ini dia berjaya. Kami tahu Liam akan menjaringkan gol untuk kami, dan kami tidak ragu tentang itu.

“Prosesnya agak cepat dengan Liam, dan sebabnya adalah kerana kami saling mengenali, dan dia tahu cara kami mahu bermain. Jadi, contohnya untuk Dario Essugo, atau Mamadou Sarr, atau juga Andrey yang hanya bersama kami semasa pramusim lepas, ia akan jadi sedikit lebih rumit. Mereka perlukan lebih masa kerana mereka belum benar-benar tahu cara permainan kami.

“Tetapi Liam, seperti yang saya katakan, kami saling mengenali dengan baik. Jadi proses untuknya agak cepat, dan itu juga kerana dia memang pemain yang sangat bagus.”

Dalam perlawanan semalam, Chelsea menguasai bola sepanjang separuh masa pertama yang hambar, namun hanya mampu di depan pada masa kecederaan babak pertama apabila Tosin Adarabioyo menanduk masuk bola ke penjuru kiri bawah gawang.

Tidak lama kemudian, Delap menggandakan kedudukan Chelsea selepas memanfaatkan bola muntah di dalam kotak penalti, menggelecek melepasi seorang pertahanan sebelum merembat masuk ke penjuru gol.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Separuh masa kedua menyaksikan Chelsea mengawal permainan tanpa terlalu menekan untuk menambah jaringan, manakala pertahanan mereka kekal ampuh menafikan sebarang ancaman Esperance.

The Blues melengkapkan kemenangan bergaya apabila pemain gantian, Tyrique George meledak gol ketiga menerusi rembatan dari luar kotak penalti pada masa kecederaan.

Maresca puji sumbangan Delap

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker