Budak 5 tahun dihanyut ombak di Batu Ferringhi

Budak 5 tahun dihanyut ombak di Batu Ferringhi

Budak 5 tahun dihanyut ombak di Batu Ferringhi
Anggota APM memberi bantuan kecemasan kepada kanak-kanak nyaris lemas ketika mandi di Pantai Bayu Senja, Batu Feringghi. – FOTO APM Pulau Pinang

BATU FERINGGHI: Sebuah keluarga dari Selangor yang berkelah di Pantai Bayu Senja, di sini berdepan cetik cemas apabila seorang daripada mereka, kanak-kanak berusia lima tahun dihanyutkan ombak.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu bagaimanapun disedari tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Unit Tanjung Bungah yang bertugas di menara tinjau APM, terletak kira-kira 200 meter dari lokasi yang terdengar jeritan ibu mangsa.

Pegawai Operasi APM Unit Tanjung Bungah, Mohammad Lili Mat Ibrahim, berkata ketika kejadian, keadaan laut bergelora dan ombak kuat menarik mangsa sejauh 10 meter dari pantai.

“Mangsa dilihat terkapai-kapai namun berjaya dikesan anggota APM sebelum diselamatkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohammad Lili, pasukan penyelamat memberi rawatan awal dan bantuan CPR kepada mangsa sebelum kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan ambulans APM untuk rawatan lanjut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO


“Orang ramai khususnya ibu bapa diminta supaya peka dengan keberadaan anak masing-masing ketika di pantai kerana perairan negeri ini sedang mengalami peralihan musim Monsun Barat Daya,” katanya.

Budak 5 tahun dihanyut ombak di Batu Ferringhi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker