Kenapa Fezrul Khan Bengang? [VIDEO]

Kenapa Fezrul Khan Bengang?

Kenapa Fezrul Khan Bengang?

Fezrul Khan Ajak TikToker Masuk Gelanggang? Punca Sebenar Cuma Isu Gula

Satu insiden kecil yang berlaku semasa sesi live pelakon Fezrul Khan baru-baru ini tiba-tiba jadi panas dan kecoh di media sosial. Semuanya bermula dengan satu teguran berkenaan gula.

 

Kenapa Fezrul Khan Bengang?

Tapi Fezrul nampaknya kurang senang dengan teguran itu. Dari situ, suasana jadi tegang dan Fezrul dilihat mula memberi respon balas secara terbuka di media sosial. Bukan setakat itu, Fezrul juga mengajak Hanif untuk bertarung di gelanggang, satu cabaran yang membuatkan netizen terkejut kerana isu asal cuma soal gula.

Peminat Hanif mula tampil menyokong TikToker itu dan berpendapat komen tersebut tak salah pun. Tapi lain pula pandangan Fezrul yang rasa dirinya sedang diperlekehkan di ruang live ketika sedang berniaga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan

@fezrulkhan

Salam alaykum @Hanif Loid . Jgn la pura2 dan jgn la play victim dengan sy. Sy ikut sunnah nabi. Zaman nabi kita tak de gula. Semua ada Ideologie masing2 tp jgn la masuk live org comment mcm tu. Ada few kawan sy bgtau sy kadang2 bila fans or followers tanya mcm mana abgku or kakakku bole dpt bdn mcm ni. Bila diorg explain awak mencelah. So skrang ni sy nak test power awak dlm combat sport. Its a sport . Clear kan. So jgnla spin cerita. Coach2 lain masuk live sy say hye itu je. Tp awak menunjuk kepandaian awak . Sy nak try la ngan awak dlm combat sport. 😎 salam alaykum dr sy FEZRULKHAN aka RATU 🐝 (nak main apa muaythai or kickboxing 😊) #fezrulkhan #ratulebah #f #fyp #fpy #satumadubyfezrulkhan #madusidr #sidr

♬ カフェでボサノバを聴く休日 – ya-su

Keadaan bertambah panas apabila ada yang tinggalkan komen sindiran, menuduh Fezrul hanya mahukan perhatian. Fezrul membalas:

“Saya tak perlu pun beriya macam laki awak. Saya tak perlu social media pun orang kenal. Kalau tak ada social media pun orang kenal, tak macam laki awak.”

Tak lama kemudian, muncul pula komen lain yang berbunyi:

“Takpe la, biasalah dah sendu jadi artis. Lagi dia macam tu, lagi tak ada offer nak berlakon.”

Sekali lagi Fezrul tak berdiam diri. Dia membalas:

“Nanti tengok la cerita-cerita saya banyak keluar. Simpan sikit busuk hati macam kakak awak dan coach cap ayam awak tu.”

Kenapa Fezrul Khan Bengang?

 

Netizen Mula Berbelah Bahagi

Ada yang bersimpati dengan Fezrul, kata dia cuma nak jaga periuk nasi. Tapi ramai juga yang rasa reaksi Fezrul agak berlebihan dan memperbesarkan perkara yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara lebih tenang.

Dalam masa sama, isu ni turut cetuskan perbincangan tentang tahap keterbukaan selebriti terhadap teguran, khususnya apabila melibatkan hal kesihatan dan produk jualan.

Sama ada isu ini akan reda atau makin berlarutan, sama-sama kita tengok nanti.

Kenapa Fezrul Khan Bengang?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker