Ben Ladin Bersyukur Isteri Selamat Timang Bayi Sulung
Ben Ladin Bersyukur Isteri Selamat Timang Bayi Sulung

Penyanyi, Ben Ladin berkongsi khabar gembira mengenai isterinya, Annasyida yang selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka di sebuah pusat perubatan, hari ini.
Ben turut menitipkan ucapan terima kasih buat isterinya yang telah melahirkan hadiah yang paling bermakna buat dirinya serta menghargai setiap pengorbanan isteri setiap masa.
“Assalammualaikum, pewarisku tercinta , Alhamdulillah isteri saya Anna @annasyida_ selamat melahirkan bayi kami 🤍
Terima Kasih yang banyak mendoakan ✨ thank you to my lovely wife for delivering me the most precious gift, i appreciate your sacrifice all the time,
it’s a long journey for both of us, may Allah always take care of our family.
Daddy & Mummy sekarang dah ada Baby J ❤️ smoga anak soleh ini sentiasa dalam lindungan Allah. “-kongsi Ben Ladin di Instagram
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
“Tau-Tau Adik Ben Jadi Ayah Dah..”
Di ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah buat Ben dan isteri di atas kelahiran bayi sulung mereka, malah ramai yang meluahkan rasa tidak percaya melihat penyanyi ini sudah bergelar bapa.
“Aik bila dia besar Ben ni ahaha adoi, aku anggap dia kanak-kanak lagi tau. Btw tahniah.”
“Congrats Daddy Ben Ladin, semoga dicurahkan rezeki yang melimpah lagi untuk keluarga.”
“Tau-tau adik Ben jadi ayah dah. MasyaAllah tahniah semoga baby dan mummy sihat selalu.”
“Tahniah adik Ben, abang sentiasa doakan Ben dan isteri serta anak sihat selalu dan sentiasa dalam lindungan Allah aaminn.”
Seladar info, Ben Ladin mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Anna Shida pada Julai 2024.
Ben Ladin Bersyukur Isteri Selamat Timang Bayi Sulung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.