Budak terbang bersama layang-layang

Budak terbang bersama layang-layang

Budak terbang bersama layang-layang
Budak itu melayang tinggi di langit ketika bermain layang-layang bersama rakan-rakannya. – TikTok

JAKARTA  – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila dia melayang tinggi di udara ketika cuba menerbangkan sebuah layang-layang gergasi, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video kejadian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ski.ski33 menunjukkan budak terbabit sedang bermain layang-layang bersama rakan-rakannya dalam kejadian di Indonesia baru-baru ini.

Situasi ceria bertukar tegang apabila dia ‘diterbangkan’ ke udara sambil berpaut pada tali layang-layang.

Selain badannya yang kecil, angin kencang menyebabkan dia melayang ke udara.

Dia bagaimanapun terselamat selepas layang-layang itu mendarat ke atas tanah secara perlahan-perlahan.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

Sebilangan pengguna media sosial turut memberi amaran kepada ibu bapa untuk sentiasa memerhati anak mereka ketika bermain layang-layang. – AGENSI

Budak terbang bersama layang-layang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker