Lebih 2,000 tan e-waste bernilai RM11.6 juta disita dalam Ops Hazard
Lebih 2,000 tan e-waste bernilai RM11.6 juta disita dalam Ops Hazard

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,069.31 tan metrik buangan elektrik dan elektronik (e-waste) dengan anggaran nilai mencecah RM11.6 juta disita menerusi operasi Ops Hazard.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan, operasi besar-besaran yang dijalankan secara serentak di 10 negeri pada 16 hingga 17 Jun lalu itu membabitkan pemeriksaan di 69 premis dengan 21 daripadanya didapati beroperasi secara haram.
Sebanyak 24 premis turut dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) kerana menggunakan mesin pengeluaran tanpa alat kawalan pencemaran.
“Sebanyak 59 Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dikeluarkan kepada 40 premis serta 18 kompaun atas pelbagai kesalahan berkaitan buangan terjadual.
“JAS membuka 25 kertas siasatan terhadap premis yang disyaki melakukan pelbagai pelanggaran undang-undang, antaranya gagal mematuhi syarat lesen, menjalankan operasi tanpa kelulusan bertulis Ketua Pengarah, dan tidak mengemukakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA),” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
JAS berkata, operasi bersepadu itu menyasarkan premis haram yang terbabit dalam penstoran dan pemprosesan e-waste tanpa kebenaran, antara punca utama pencemaran alam sekitar serta ancaman kesihatan awam.
Seramai 181 pegawai JAS digerakkan dalam operasi bersepadu ini yang turut mendapat kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) serta Wildlife Crime Bureau (WCB) di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kebanyakan premis haram ini dikesan beroperasi di lokasi terpencil dan di luar kawasan industri yang diluluskan. Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan kawalan dan pemantauan, malah menimbulkan risiko keselamatan kepada pegawai penguat kuasa serta meningkatkan potensi pencemaran alam sekitar.
“Secara tidak langsung, ia turut menjejaskan kepentingan awam dan kesihatan masyarakat setempat,” katanya.
Lebih 2,000 tan e-waste bernilai RM11.6 juta disita dalam Ops Hazard
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.