Imigresen tahan pasangan warga Indonesia disyaki dalang sindiket palsu dokumen
Imigresen tahan pasangan warga Indonesia disyaki dalang sindiket palsu dokumen

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri warga Indonesia yang disyaki dalang sindiket pemalsuan dokumen, ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pandan, di sini semalam.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata pasangan terbabit antara lima warga Indonesia berusia antara 35 hingga 65 tahun, ditahan menerusi Op Serkap kira-kira 8 malam, hasil risikan selama sebulan oleh 15 pegawai elit daripada Unit Operasi dan Risikan, Unit Pasukan Khas Taktikal dan Pasukan Khas Operasi.
Katanya, sindiket berkenaan dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lepas dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk mencetak pas Malaysia palsu dengan bayaran RM50, cap keluar masuk palsu melibatkan negara ini, Indonesia dan Singapura serta perkhidmatan memadamkan dakwat keselamatan dalam pasport dengan caj RM20.
“Saya percaya mereka gunakan dokumen itu kononnya pas yang sah atau pas kerja dalam negara ini… mata kasar nampak dokumen itu tulen tetapi pegawai imigresen tahu itu adalah palsu,” katanya pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
Mohammed Saupee berkata siasatan awal mendapati cap keselamatan yang digunakan sindiket itu dipercayai diperoleh daripada rangkaian antarabangsa yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia dan pembayaran dilakukan secara tunai serta dalam talian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Beliau berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk aktiviti pemalsuan seperti komputer riba, mesin pencetak, cap rasmi kedutaan beberapa negara termasuk Malaysia dan Indonesia, wang tunai RM4,750, sebuah kereta jenis Mazda, 17 pasport serta beberapa dokumen perkahwinan dan sijil kelahiran.
Semua lima individu berkenaan, katanya tidak memiliki pas perjalanan sah dan kini ditahan di Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan mengikut Seksyen 55D, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Sementara itu, Mohammed Saupee berkata Program Repatriasi Migran 2.0 yang bermula pada 19 Mei lepas telah menerima penyertaan 1,911 pendatang tanpa izin dari 14 negara terdiri daripada 1,137 lelaki, 612 wanita, 77 kanak-kanak lelaki dan 85 kanak-kanak perempuan, sekali gus menjana hasil sebanyak RM912,720 kepada negara.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan golongan ‘ulat’ yang mengambil kesempatan terhadap peserta program terbabit.
“Berdasarkan pemantauan jabatan, ada beberapa ulat di kawasan Kompleks KDN terutama yang menyasarkan pendatang tanpa izin yang beratur mendapatkan perkhidmatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
“Dua hari lepas jabatan berturut-turut membuat pemerhatian dan kita telah kenal pasti beberapa ulat yang cuba menyogok pegawai serta memperdaya majikan kononnya mereka boleh mempercepat proses di bawah program ini… Kita sedang buat pemantauan rapi dan sekiranya ditangkap, mereka akan dikenakan tindakan tegas,” katanya.
Mohammed Saupee berkata setakat semalam, Imigresen Kuala Lumpur telah melaksanakan 314 operasi penguatkuasaan dengan 2,034 pendatang tanpa izin dan 80 majikan ditahan.
Beliau berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Akta Pasport terhadap 1,838 individu dengan kutipan kompaun keseluruhan berjumlah RM5.4 juta.
Selain itu, katanya sebanyak 611 aduan turut diterima jabatan itu setakat ini, melibatkan kes menggaji warga asing tanpa pas (275), tinggal lebih masa (231), aktiviti pelacuran (44), salah guna pas (36) dan selebihnya membabitkan kesalahan lain.
– BERNAMA
Imigresen tahan pasangan warga Indonesia disyaki dalang sindiket palsu dokumen
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.