Untung RM2 juta tak dapat, wang modal RM794,000 turut lesap

Untung RM2 juta tak dapat, wang modal RM794,000 turut lesap

Untung RM2 juta tak dapat, wang modal RM794,000 turut lesap
Foto hiasan.

BUKIT MERTAJAM: Seorang pereka dalaman berputih mata apabila keuntungan pelaburan RM2 juta gagal dituntut, manakala wang modal RM794,000 yang dilaburkannya juga turut lesap.

Semuanya berpunca apabila wanita berusia 47 tahun itu terjebak pelaburan dalam talian hasil iklan yang ditemui di Facebook pada awal April lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata mangsa didapati berhubung dengan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp, sebelum suspek memaklumkan mengenai skim pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan 100 peratus bagi setiap modal dilaburkan dalam masa singkat.

“Mangsa yang berminat diminta memuat turun aplikasi diarahkan bagi pendaftaran keahlian, seterusnya memulakan pelaburan.

“Mangsa melakukan tujuh transaksi pemindahan wang antara 11 April hingga 3 Jun lalu ke dalam tujuh akaun bank milik syarikat berbeza dengan jumlah RM794,000,” katanya melalui kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Hamzah berkata, mangsa menyedari ditipu apabila tidak dapat mengeluarkan keuntungan RM2 juta hasil pelaburan itu, termasuk diminta membuat bayaran cukai pengeluaran RM200,000 terlebih dahulu.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Untung RM2 juta tak dapat, wang modal RM794,000 turut lesap

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker