Bas persiaran terbabas KM396.2 Leburaya Utara Selatan, 36 pelancong India selamat

Bas persiaran terbabas KM396.2 Leburaya Utara Selatan, 36 pelancong India selamat

Bas persiaran terbabas KM396.2 Leburaya Utara Selatan, 36 pelancong India selamat
Gambar hiasan.

IPOH: Seramai 36 pelancong warga India dan seorang pemandu bas tempatan terselamat selepas bas persiaran yang mereka naiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 396.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Tanjung Malim, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superitendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata kejadian berlaku pada 3.39 petang dan semua mangsa termasuk pemandu berusia 41 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, siasatan awal mendapati bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke bahagian kanan jalan.

“Bas tersebut kemudiannya melanggar penghadang pembahagi jalan sebelum masuk ke dalam longkang di bahagian kanan lebuh raya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Hasni berkata bas persiaran itu membawa 32 lelaki dan empat wanita, semuanya warga India, yang dipercayai dalam perjalanan dari Hotel Regalia, Kuala Lumpur ke Hotel Weil di Ipoh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


“Semua penumpang telah dipindahkan ke sebuah bas gantian untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing,” katanya.

Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad menerusi ciapan di akaun rasmi @plustrafik di laman sosial X memaklumkan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan kenderaan selesai sepenuhnya pada 6.50 petang sebelum keadaan trafik kembali lancar.

– BERNAMA

Bas persiaran terbabas KM396.2 Leburaya Utara Selatan, 36 pelancong India selamat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker