11 warga asing sesak nafas, kereta terbakar di parkir bawah tanah kondominium

11 warga asing sesak nafas, kereta terbakar di parkir bawah tanah kondominium

11 warga asing sesak nafas, kereta terbakar di parkir bawah tanah kondominium
Kereta yang terbakar di parkir tingkat bawah tanah kondominium. – Foto Bomba

KUALA LUMPUR: Seramai 11 lelaki warga asing sesak nafas susulan kebakaran kereta di parkir tingkat bawah tanah sebuah kondominium di Wangsa Maju, jam 10 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) berkata kebakaran membabitkan bahagian enjin kereta Nissan Teana dan asap kebakaran itu memenuhi ruangan berkenaan.

“Dalam kejadian ini, seramai 11 mangsa lelaki dewasa warga asing mengalami sesak nafas akibat kejadian itu dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Seramai enam daripada mangsa terbabit dihantar menaiki ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM), dua mangsa dihantar menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Wangsa Maju manakala selebihnya menaiki ambulans HKL.

“Unit Siasatan Kebakaran PGOKL diarah ke lokasi bagi menjalankan siasatan punca kejadian,” kata kenyataan itu

11 warga asing sesak nafas, kereta terbakar di parkir bawah tanah kondominium


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker