1.5 juta tiket Piala Dunia Kelab terjual

1.5 juta tiket Piala Dunia Kelab terjual

1.5 juta tiket Piala Dunia Kelab terjual
PENYOKONG River Plate memberikan sokongan padu ketika pasukan mereka menentang Urawa Reds di Seattle. FOTO AFP

East Rutherford: Peminat dari lebih 130 negara membeli hampir 1.5 juta tiket untuk Piala Dunia Kelab yang bermula hujung minggu lalu dalam format baharu yang diperluas di seluruh Amerika Syarikat, kata FIFA, awal pagi tadi.

Lebih 60,000 penonton hadir untuk perlawanan pembukaan di Stadium Hard Rock, Miami pada Sabtu yang menampilkan bintang Inter Miami, Lionel Messi, manakala sekitar 80,000 memenuhi tempat duduk di Rose Bowl apabila Paris Saint-Germain menewaskan Atletico Madrid 4-0 hari Ahad.

Namun, beberapa perlawanan juga mencatatkan kehadiran penonton yang agak suram, termasuk perlawanan seri 0-0 antara Borussia Dortmund dan Fluminense yang berlangsung pada awal pagi tadi di Stadium MetLife, New Jersey, yang hanya separuh penuh.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, turut menggambarkan suasana semasa perlawanan menentang Los Angeles FC sebagai “agak pelik”, apabila hanya sedikit lebih 22,000 penonton hadir di Stadium Mercedes-Benz di Atlanta yang berkapasiti 71,000 semalam.

Direka sebagai pembuka tirai gemilang menjelang Piala Dunia 2026, FIFA berharap dapat membina semangat dan keterujaan dalam kalangan peminat bola sepak di Amerika Syarikat, sebuah negara yang selalunya kurang menggemari sukan ini yang bakal menjadi tuan rumah bersama bersama Kanada dan Mexico pada tahun depan.

Sebelum ini, terdapat kebimbangan selepas kejohanan Copa America 2024 yang hambar, dengan padang yang tidak berkualiti, stadium yang separuh kosong dan kekecohan keselamatan peminat ketika perlawanan akhir di Miami.

1.5 juta tiket Piala Dunia Kelab terjual

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker