Ahli Jemaah Pengarah PPK Baling ditemui maut dalam parit, kepala berlumuran darah
Ahli Jemaah Pengarah PPK Baling ditemui maut dalam parit, kepala berlumuran darah

BALING: Seorang Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Baling ditemui maut dalam sebuah parit berair di Kampung Bukit Hijau, di sini, hari ini.
Mangsa, Mohd Sobri Md Noor, 56, dikatakan keluar rumah kira-kira jam 11 pagi tadi untuk melakukan kerja-kerja penanaman sayur di kebunnya yang terletak berhampiran kediaman arwah.
Isterinya, Zurina Hassan, 55, berkata Allahyarham lazimnya akan pulang ke rumah sebelum waktu zuhur.
“Bagaimanapun hari ini, suami tidak pulang hingga jam 2 petang. Saya cuba menghubunginya tetapi panggilan tidak berjawab.
“Disebabkan bimbang akan keselamatan suami, saya mengajak anak lelaki untuk keluar mencarinya di kebun sayur yang terletak hanya kira-kira dua kilometer dari rumah kami. Namun, suami didapati tidak berada di situ.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
“Kami memanggil namanya berulang kali tetapi tiada sahutan. Kami terus mencarinya sehinggalah ternampak arwah berada dalam keadaan tertiarap di cerun parit,” katanya.
Susulan itu, Zurina berkata, anaknya mendapatkan pertolongan penduduk kampung, selain menghubungi pihak polis serta bomba.
Ketika itu, beliau berkata, suami didapati tidak sedarkan diri dengan kepalanya berlumuran darah kerana cedera yang berkemungkinan akibat tergelincir ketika menurun cerun terbabit.
“Tiada banyak perubahan dilihat pada arwah sebelum kejadian. Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
“Jenazahnya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Hijau, malam ini, selepas urusan bedah siasat selesai,” katanya.
Susulan itu, beliau berkata, sepasukan enam anggota dari BBP Baling diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Yunus Ali bergegas ke lokasi.
“Anggota kami terpaksa mendaki kira-kira 200 meter kerana tebingnya curam sebelum mendapati mangsa masih berada dalam parit sedalam kira-kira empat meter.
“Mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam parit yang berair dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi,” katanya sambil memaklumkan bahawa mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Ahli Jemaah Pengarah PPK Baling ditemui maut dalam parit, kepala berlumuran darah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.