Pusat hiburan ala Bollywood di kompleks beli belah usang diserbu

Pusat hiburan ala Bollywood di kompleks beli belah usang diserbu

Pusat hiburan ala Bollywood di kompleks beli belah usang diserbu
Antara penari ‘bollywood’ yang diperiksa dalam serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Munshi Abdullah, di sini, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah usang yang menjadi kelab malam bertemakan ‘Bollywood’ diserbu polis menerusi operasi Op Noda di Jalan Munshi Abdullah di sini, hari ini.

Serbuan bermula jam 2 pagi dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Harian Metro yang mengikuti operasi itu mendapati terdapat sekurang-kurangnya satu premis hiburan ala Bollywood di setiap tingkat bangunan enam tingkat berkenaan

Difahamkan, kelab malam terbabit menjadi kegemaran pengunjung dalam kalangan pelancong dan pekerja warga Bangladesh, India selain warga tempatan.

Premis berkenaan menjadikan wanita warga Bangladesh, Nepal dan Pakistan sebagai penari Bollywood lengkap berpakaian sari sebagai penarik pelanggan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Selain wanita warga asing, ada juga wanita tempatan yang menjadi penari di salah satu premis terbabit dengan menerima bayaran RM200 untuk satu malam.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata serbuan membabitkan enam premis hiburan dalam lokasi sama di mana 95 individu diperiksa.

Menurutnya, seramai lapan individu ditahan kerana didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tiada dokumen) dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 (kerja tanpa permit).

“Tangkapan membabitkan tujuh lelaki iaitu tiga warga Bangladesh, India (3), Pakistan (1) dan seorang wanita warga Indonesia.

“Kesemua tangkapan berusia lingkungan 28 hingga 43 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pusat hiburan ala Bollywood di kompleks beli belah usang diserbu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker