‘Tiba-tiba senarai nama dikeluarkan serta didaftarkan?’
‘Tiba-tiba senarai nama dikeluarkan serta didaftarkan?’

Kuala Lumpur: “Anak saya dah berlatih sejak umur tujuh tahun, sanggup keluar duit sendiri, tapi bila tiba masa ke kejohanan dunia… orang lain pula yang terpilih!”
Itu luahan kecewa seorang bapa atlet lompat tali yang mendakwa proses pemilihan wakil negara ke Kejohanan Lompat Tali Dunia di Jepun bulan depan dilakukan tanpa ketelusan dan menafikan hak atlet yang benar-benar berkelayakan.
Khairul Anuar Jamaludin berkata, anaknya berusia 18 tahun sudah menjalani latihan intensif bersama sejak kecil dan turut menyertai pelbagai kejohanan, termasuk pertandingan peringkat antarabangsa.
Menurutnya, persediaan ke Jepun sudah dibuat sejak awal tahun, termasuk latihan namun beliau terkejut apabila nama anaknya langsung tidak disenaraikan oleh Persekutuan Lompat Tali Malaysia (MYJuRF).
“Apa yang membuatkan saya tidak berpuas hati atau sebenarnya lebih kepada kecewa tiada pemilihan yang telus untuk menghantar atlet ke kejohanan berkenaan. Sebaliknya, ia dilakukan dengan atlet perlu menghantar video rakaman, bukan satu tetapi empat (setiap atlet).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
“Jadi, saya ada juga bertanya, kenapa perlu dijalankan seperti ini? dan secara tiba-tiba, senarai nama sudah dikeluarkan serta didaftarkan. Saya dah berhubung dengan presiden persatuan negeri saya (Johor) beliau bercakap mereka nak hantar atlet bawah 15 tahun sahaja,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Ujar Khairul Anuar, dalam perbualan berkenaan, beliau mempersoalkan kemampuan atlet yang dihantar kerana bakal berdepan negara gergasi seperti Jepun, Korea Selatan, China dan Hong Kong.
“Saya tak nak tahu siapa atlet bawah 15 itu, siapa berada dalam senarai. Bagaimana pula yang kategori terbuka. Mereka memberi jawapan tidak mahu hantar kerana jawatankuasa pemilihan dah tetapkan nak hantar bawah 15 sahaja dan bagaimana pula nasib atlet lompat tali bawah 15 yang lain yang turut sama menghantar video pemilihan.
“Selepas itu senarai nama keluar, ada juga dihantar bawah 18 tahun, jadi saya tak kisah. Cuma masa tu, saya hanya cakap, minta tolong dengan jasa baik, tolonglah daftarkan Muhammad Khidhair (anaknya) dan Syafi Aiman Shariffudin Muhammad Syafie dengan dia orang boleh menggunakan dengan dana sendiri,” katanya.
Tambahnya, jawapan yang yang diterimanya ialah sudah lepas tarikh pendaftaran dan sekali gus menimbulkan kekecewaan beliau untuk melihat Khidhair beraksi di kejohanan dunia buat kali pertama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
“Di situ menghadirkan kekecewaan buat saya dan sepatutnya adakan sesi pemilihan terbuka, maklumkan lebih awal. Tapi ini macam ada pilih kasih. Kalau macam ini, sia-sia saja anak-anak kami berlatih siang malam,” katanya.
Khairul Anuar turut melahirkan rasa kecewa terhadap badan induk sukan terbabit yang didakwa tidak mempunyai struktur pengurusan yang jelas serta gagal memberi penjelasan meskipun sudah beberapa kali dihubungi.
Beliau berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) tampil campur tangan bagi memastikan pemilihan atlet ke luar negara dibuat secara telus dan berdasarkan merit.
“Saya bukan mahu pertikai sesiapa, tapi demi masa depan sukan lompat tali negara, biarlah pemilihan dibuat secara adil. Jangan sampai budak-budak yang betul-betul berbakat terus hilang semangat,” katanya.
Kejohanan Lompat Tali Dunia 2025 bakal berlangsung 27 Julai hingga 3 Ogos di Kawasaki, Jepun.
‘Tiba-tiba senarai nama dikeluarkan serta didaftarkan?’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.