Lelaki OKU hilang ketika mandi di Sungai Kuantan

Lelaki OKU hilang ketika mandi di Sungai Kuantan

Lelaki OKU hilang ketika mandi di Sungai Kuantan
Bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat lelaki OKU yang dilaporkan hilang di Sungai Kuantan. – Foto Muhammad Delima Atan

KUANTAN: Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Kuantan dekat Kampung Tanah Putih, di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dan adik lelakinya yang juga OKU ke lokasi kejadian kira-kira jam 3 petang.

Bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat lelaki OKU yang dilaporkan hilang di Sungai Kuantan. – Foto Muhammad Delima Atan

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dan adik lelakinya yang juga OKU ke lokasi kejadian kira-kira jam 3 petang.

Beliau berkata, mangsa, Syed Alwi Syed Mohd Ali Hanafiah, 30, yang berasal dari Kampung Tanah Putih, dilaporkan tenggelam dan dihanyut arus sejurus turun ke sungai untuk mandi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


“Seramai 12 anggota termasuk enam anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dan Kuantan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 6.09 petang.

“Bomba sudah melakukan pencarian di permukaan air tetapi hingga kini mangsa belum ditemui,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, hingga jam 10.30 malam ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan.

Lelaki OKU hilang ketika mandi di Sungai Kuantan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker