CONCACAF pantau situasi di Los Angeles menjelang Piala Emas
CONCACAF pantau situasi di Los Angeles menjelang Piala Emas

Los Angeles: Badan induk bola sepak bagi Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean CONCACAF hari ini berkata, mereka berkomunikasi rapat dan berterusan dengan pihak berkuasa tempatan berikutan protes yang berlaku di Los Angeles, sekali gus menimbulkan kebimbangan menjelang perlawanan pembukaan Piala Emas di Stadium SoFi.
Kejohanan itu akan bermula pada pagi Ahad dengan perlawanan antara Mexico dan Republik Dominican, namun ketegangan masih membimbangkan di beberapa bahagian bandar itu selepas beberapa serbuan imigresen mencetuskan demonstrasi besar-besaran.
“Keselamatan dan kesejahteraan semua peserta, peminat, dan pihak berkepentingan adalah keutamaan tertinggi Konfederasi,” kata CONCACAF dalam satu kenyataan.
“Kami akan terus memantau perkembangan secara aktif sambil berusaha menganjurkan kejohanan bertaraf dunia yang terbaik dalam sukan ini dalam suasana yang selamat, inklusif dan menyeronokkan untuk semua, bermula dengan perlawanan pembukaan pada Ahad, 15 Jun 2025, di Los Angeles.”
Los Angeles juga sedang bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah kepada perlawanan Piala Dunia Kelab FIFA yang diperluaskan, termasuk pertembungan antara Paris St Germain dan Atletico Madrid di Rose Bowl, Pasadena pada awal pagi Isnin.
CONCACAF pantau situasi di Los Angeles menjelang Piala Emas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
You must be logged in to post a comment.