Tiga lelaki lari bawa dadah, bahan letupan IED ditahan

Tiga lelaki lari bawa dadah, bahan letupan IED ditahan

Tiga lelaki lari bawa dadah, bahan letupan IED ditahan
Anggota bomba dan polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian. – Foto ihsan JBPM

SERDANG: Cubaan tiga lelaki meloloskan diri daripada sekatan jalan raya membawa padah apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas selepas dikejar anggota polis dari Jalan Suakasih, di sini, hingga ke Kajang dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, berkata kejadian berlaku jam 3.30 pagi ketika sepasukan anggota dari Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menjalankan pemeriksaan ‘snap check’ di Jalan Putra Permai dari arah Sierra 16 menghala ke Seri Kembangan.

Beliau berkata, polis menahan sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dinaiki tiga lelaki, namun kenderaan itu bertindak melarikan diri dengan memecut laju ke arah Seri Kembangan.

“Pasukan polis kemudian mengejar kenderaan terbabit hingga ke persimpangan Jalan Suakasih ke Lebuhraya Kajang SILK.

Kereta suspek kemudiannya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 5.1, sebelum terbalik di tengah jalan,” katanya kepada media hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


Katanya, ketiga-tiga suspek yang juga lelaki tempatan berusia 40 hingga 51 tahun mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.

“Hasil semakan mendapati, dua daripada suspek itu mempunyai 43 rekod lalu berkaitan jenayah dan dadah, manakala seorang daripadanya turut dikehendaki polis di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan menemui pelbagai jenis dadah disyaki kokain seberat 77.10 gram, ganja (49.28 gram), serbuk ecstasy atau MDMA (54.07 gram), ketamin (30.18 gram), pil yaba (3.20 gram), pil ecstasy (3.40 gram) dan pil Eramin 5 (0.98 gram).

“Turut ditemui satu objek berwarna kelabu yang dibalut plastik lutsinar mengandungi komponen besi dan skru bersama satu gulung wayar dan satu unit bateri motosikal yang dipercayai peranti bahan letupan buatan sendiri (IED),” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP


“Ketiga-tiga suspek kini diserahkan kepada IPD Kajang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti dadah diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Serdang di talian 03-8074 2222 atau hadir ke balai polis berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Polis Daerah Kajang dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung penemuan dadah dan bahan letupan berkenaan selepas siasatan lanjut dijalankan.

Tiga lelaki lari bawa dadah, bahan letupan IED ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker